Kita Mulia Kerana Islam.



Bismillah,
Assalamualaikum,

Adakah kita berbangga dengan Islam?

Adakah kita sedang memuliakan Islam dalam kehidupan kita? Mempamerkan syiar-syiar Islam dalam kehidupan kita?

Atawpun kita melebihkan perkara-perkara lain lebih dari Islam?


Umar Al-Khattab R.A apabila ke Syams di atas jemputan oleh rakyat Baitul Maqdis untuk menjemput dia sendiri untuk membuka pintu Baitul Maqdis setelah Islam menakhlukinya. Setelah tiba di Syams, orang ramai bertanyakan kepada Umar Al-Khattab, "Wahai Amirul Mu'minun, mengapa kamu berpakaian begitu sederhana (6 tampalan pada baju dia) nanti penganut yang lain (Kristian) pandang serong pada Islam. Ketika itu dia memerintah 1/4 daripada dunia.

Umar Al-Khattab menjawab, "Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam nescaya Allah akan menghina kita."

Kita mulia kerana Islam, bukan kerana rumah kita, harta kita, pakaian kita.

Kini, kita lebih memuliakan harta lebih dari Islam, memuliakan pakaian lebih dari Islam. Kita memilih perkara2 yang tidak menunjukkan syiar Islam kerana 'MALU' untuk mempamerkannya.

Kita sering memilih perkara selain Islam sebagai perkara yang akan menjadikan kita mulia. Kita rasa diri ini mulia apabila selalu keluar ke tempat2 lagha dan apabila orang lain ajak ke masjid, in gerenal kita memandang rendah terhadapnya.

Apabila sahabat2 kita ke majlis ilmu, kita pandang serong dan pelik kenapa dia belanja begitu banyak untuk menuntut ilmu, namun apabila kita belanja kepada perkara2 lagha, semua orang akan pandang mulia dan memuliakan perkara2 lagha.

Seperti juga rumah yang besar menjadi ikon untuk menjadi mulia.
Seperti juga memakai pakaian yang sama dengan orang barat lebih nampak mulia dibandingkan dengan orang yang berpakaian untuk menemui Allah SWT, berpakaian mengikut sunnah dengan serba sederhana, tutup aurat dan bersih.

Pikir2kanlah berapa banyak perkara kita melebihkan kemuliaan dunia ini lebih dari kemuliaan syiar2 Islam.

WaAllahu A'lam Bissowab.

2 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh akhi,

    Jazakumullah khairan. May peace and blessing of Allah SWT be upon you.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuhu ya akhi,

    Waiyyaka. May Allah SWT prepares for you forgiveness and a great reward too.

    ReplyDelete

 

Why Do We Write?

Most of us are students and working professionals that strive for the purification of the heart. We believed that tazkiyatunnafs is a gradual process as the heart needs reminder 24 hours per day, 7 days a week.

Meet the Authors

Faiz At-Toulouse, Asyraf A. R., Abu Abdullah, Zagazig Guy, Rempo Al-Khain, Asozero.

About the content

As most of us are not full time Thallabul Ilm, we dedicate our free time to learn the islamic knowledge through multiple mediums such as islamic institutes (Al-Bayyinah Institute, Al-Kauthar Institute, Al-Maghrib Institute), Youtube lectures, Internets, Weekly Usrahs and Halaqahs, Meeting up with friends discussing about the personal heart issues or bigger ummah issues, and traveling (because traveling teaches you unexpected wisdom through unexpected circumstances)