Semoga Iman kita sentiasa dalam keadaan yang konsisten dan teguh. Kita berdoa agar Allah sentiasa meletakkan kita di jalan yang lurus kepadanya agar kita sentiasa boleh berlari dan menuju ke cahaya yang satu, Islam.
Kadangkala, jika di'reflect'kan kebenaran hari ini, mencontohi perlakuan atau sunnah Rasulullah itu sudah dianggap asing dan tidak mainstream. Lakukanlah apa-apa sahaja, dari segi luaran (sunnah menyimpan janggut), atau dari segi dalaman (jujur dalam perlakuan, kebenaran berkata-kata, perlakuan berbudi kepada orang lain) tidak lagi dipandang normal walaupun fitrah manusia mahukan kebaikan. Di zaman kini, dari segi urusniaga harian, pencarian ilmu mahupun politik sejagat, manusia tidak boleh lari dari melakukan perkara berdosa dan melanggar sunnah seperti menipu ketika peperiksaan atau urusniaga, mencaci pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan, menghina sesama lain hanya untuk mendapatkan kelebihan dunia yang tidak menguntungkan mana pun.
Pelik, tapi benar. Manusia yang berperilaku sebegini tahu yang ianya salah dan malahan mereka ada rasa bersalah jauh di dalam hati kerana itulah fitrah manusia, bencikan kejahatan dan mahukan kebaikan kalau bukan untuk orang lain, masih mahukan kebaikan untuk diri sendiri. Tetapi sebagaimana buruk pun cara insan itu, pokoknya masih mahukan kebaikan. Akan tetapi punca pencarian kebaikan itu salah dan cara sangatlah berlawanan dengan ajaran Islam apabila sanggup mengorbankan agama demi wang, kuasa, dan dunia.
Disinilah cabaran untuk mengikut sunnah Rasulullah. Perilaku kebenaran bukan lagi sesuatu yang disanjung. Perilaku kebaikan tidak lagi diangkat tinggi kerana rasa takut dan tidak yakin diri sendiri akan mengecapi kebaikan, apatah lagi ingin memikirkan kebaikan untuk orang lain. Ini semua disebabkan kebergantungan dan kepercayaan secara total tidak lagi diletakkan kepada Allah SWT.
Disinilah juga timbul isu label apabila mengikut sunnah Rasulullah dilabelkan sebagai 'alim' atau 'islamik' atau 'terlalu baik' oleh orang yang tidak mengikut sunnah, yakni majoriti penduduk dunia - label ini wujud kerana ia bukan sesuatu yang selari dengan norma masyarakat akhir zaman.. Hairan, bukankah ajaran rasulullah itu hanyalah mendidik insan supaya kembali ke fitrah? Lihatlah hadis-hadis nabi seperti berikut :
- Baik budi pekerti:
Righteousness (Al-Birr) is good character, and sin is that which wavers in your heart and which you do not want people to know about. [Muslim]
- Melawan penindasan:
"O My servants, I have forbidden oppression for Myself and have made it forbidden amongst you, so do not oppress one another..." [Muslim]
- Kasih sayang kepada saudara:
"None of you (truly) believes until he loves for his brother that which he loves for himself." [Bukhari & Muslim]
- Memaafkan sesama insan:
“There was a merchant who used to extend credit to people. If he found one of his customers to be in straightened means, he would say to his assistants: “Forgive them their debt, perhaps Allah will forgive us.” Allah did forgive him.” [Bukhari/Muslim]Bukankah mencintai itu manusia? Bukankah memaafkan itu manusia? Bukankah menolong sesama insan itu manusia?
Bukankah fitrah manusia itu kebaikan?
Dan bukankah kita manusia?
0 comments:
Post a Comment