Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin,
Segala pujian hanya layak kepada Allah SWT, Tuhan kepada Seluruh Alam.
Nak start tulis balik selepas lama tidak menulis perlu something 'big' untuk menggerakkan hati ini untuk menulis. dan penulisan kali ini lebih kepada sharing of something that insya Allah, beneficial kepada semua pihak..
Semua manusia, tidak kira dari mana asalnya, background family, level of knowledge, kesucian hati, kemurniaan akhlak, perangai dan personaliti, pasti mahu lakukan sesuatu what we call, 'perubahan' ...
Semua manusia pasti mahu melakukan perubahan tidak kira ke arah baik ataw jahat.. kerana manusia ini diberikan akal untuk berfikir. dan manusia yang waras pasti mahu melakukan 'perubahan'...
dalam kes diri hamba Allah ini, dia merasakan bahawa dia perlu lakukan perubahan keatas dirinya kerana hatinya sudah tidak tenang.
Tidak tenang.
dengan solat yang tidak khusyu', dengan bacaan quran yang tidak dihayati, dengan ketinggalan dalam membaca buku Islamic, dengan selalu melewatkan solat..
Peringatan demi peringatan telah didengari, ditatapi dan even telah disampaikan sendiri, namun, gagal. Proses mujahadah yang panjang dan memenatkan..
Tenat.
tapi, Allah yang Maha Penyayang, menjawab seruan hamba-Nya dalam pelbagai bentuk. dan kali ini, dalam bentuk manusia. iaitu kawan. Ketahuilah
Kamu.
mampu mengubah orang di sekelilingmu. Dengan kesaksian diri hamba Allah ini terhadap perubahan yang telah engkau lakukan dengan jayanya, ia memang benar-benar membuahkan satu perasaan.
Perasaan yang tidak dapat di describe secara sempurna dengan perkataan. sukar untuk difahami.. satu perasaan dimana semangat yang selama ini telah hilang kemana, datang semula kepada diri ini.
Apabila melihat kamu, hamba Allah ini merasakan nikmat berubah itu.. kamu menterjemahkan bagaimana perasaan dapat berubah kearah kebaikan itu sebenar-benarnya..
Apabila mendengar cerita disebalik perubahan yang dilakukan, hati ini teringat kembali bagaimana diri ini dulu pernah berubah dan bertahan dengan lama...
Hanya dengan menyaksikan kesungguhan kamu. keikhlasan kamu. ketagihan kamu untuk kembali kepada Allah. ia seakan-akan memanggil diri untuk ikut jejak langkah mu walaupun tidak ada satu perkataan pun yg kamu zahirkan untuk ikut bersama.. hanya dengan amalmu.
link |
Amal.
Ia sangat terkesan keatas hati ini hingga membuahkan amal dari diri ini yang telah lama lalai akan Allah.. Oleh itu, hamba Allah ini ingin menyampaikan sepucuk surat yang tidak diucapkan kerana mahu menjaga keikhlasan kamu.. Sepucuk surat dengan isinya,
Jazakallahu khairan.
Semoga Allah Membalas kamu dengan Kebaikan.
nice entry.. jazakallah. :)
ReplyDelete