Sincerity leads to Happiness


Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t,
Pernahkah kita merasa seronok apabila memberi hadiah kepada seseorang?
Merasai kepuasan yang teramat kerana memberi?
Pernahkah kita memberi pertolongan kepada sahabat kita tatkala mereka dalam kesusahan?
Kemudian merasa betapa seronoknya melihat mereka gembira setelah kesusahan tersebut disudahi dengan kesenangan?
Pernahkah kita menangis dalam solat kerana bersungguh-sungguh mengharapkan petunjuk daripada Allah?
Menangis kerana takut akan azab pada Hari Perhitungan kelak?
Kerana perasaan cintakan Allah atas segala nikmat yang dirasai?
Pernahkah selepas solat, kita merasa aura ketenangan yang sungguh dahsyat yang susah untuk digambarkan apatah lagi diceritakan kepada orang lain?
Pernahkah kita merasa ketenangan selepas membaca Al-Quran?
Pernahkah kita merasa sekurang-kurangnya salah satu keseronokan dan ketenangan jiwa seperti dihuraikan?
Sekiranya pernah, percayalah, bahawasanya, ia datang kerana hadirnya keikhlasan yang mulia lagi murni. Sekiranya keikhlasan itu di letakkan hanya kepada Allah, datanglah kekhusyukan itu tanpa kita sedari.
Fikir-fikirkanlah pengalaman diri yang pernah dilalui dan cuba singkap keikhlasan yang hadir ketika itu. Tidak akan hadir sebuah keikhlasan yang lazat nikmatnya melainkan hanya kerana Allah SWT.
Praktik untuk dapatkan kembali pengalaman yang pernah dikecapi.
"Learn to be sincere even in your sincerity. Learn to act even if it just a little. Learn to be consistent and you will reach your goal, jannah." - Syeikh Navaid Aziz
Pastinya syurga adalah destinasi yang kita sangat dahagakan. Oleh yang demikian, dahagakanlah diri dengan sentiasa ikhlaskan diri.
"True happiness comes when your heart is in absolute pure sincerity only to Allah, The Lord of the Worlds." - Anonymous
WaAllahu a'lam bissowab.
P/S: Insya Allah, next post will be about "Khusyu' in Solat", a continuation from this post.
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢
Maksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)" [ Surah Al-Mu'minun: 1-2 ]

3 comments:

  1. assalamualaikum w.b.t.,

    mashaAllah. so beautiful~!! mmg benar skali bhw kekhusyukan itu datang tanpa disedari dan mmg benar juga bhw feeling yang kita dpt time khusyuk tu mmg x bisa diterangkan kepada yg lain.. jadi, kalau ada di antara golongan yg hendak merasai rasa sbegitu maka hanya diri sendiri shj boleh membantu, iaitu dgn menanamkan ikhlas dlm diri.

    tetapi kan, kalau dah jadi habit, kita xkan perasan yg kita ada keikhlasan dlm diri dan kita hanya sedar bhw keikhlasan itu mmg wujud di dalam sanubari setelah kita menggapai rasa khusyuk itu. subhanAllah..

    ""True happiness comes when your heart is in absolute pure sincerity only to Allah, The Lord of the Worlds." - Anonymous" - sgt suka!

    "Pernahkah kita menangis dalam solat kerana bersungguh-sungguh mengharapkan petunjuk daripada Allah?" - ini adalah salah satu cara yg paling mudah untuk kita kecapi kekhusyukan. trust ana.. jadi praktikkanlah untuk benar2 meminta dan menyerahkan segala kebergantungan diri terhadap Allah SWT, nescaya khusyuk itu akan dtg melandai seluruh diri hamba.

    jzkk kongsi. mungkin ana ingin share di blog ana satu hari nnt. minta izin ya. shukran jazilan.

    WAllahua'lam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam warahmatullah,

    So true, even if kte buat2 menangis pon da mencukupi da untuk mendapatkan kekhusyukan itu pada awal2.. lame2, datang lah keseronokan tukan..

    Alirkanlah mata ketika dalam solat, doa, baca quran.. insya Allah, makin lame, makin dekat hati kita dengan our Rabb.

    Afwan! Waiyyaki!

    ReplyDelete
  3. "Alirkanlah mata ketika dalam solat, doa, baca quran.. insya Allah, makin lame, makin dekat hati kita dengan our Rabb." - Ameen!

    ReplyDelete

 

Why Do We Write?

Most of us are students and working professionals that strive for the purification of the heart. We believed that tazkiyatunnafs is a gradual process as the heart needs reminder 24 hours per day, 7 days a week.

Meet the Authors

Faiz At-Toulouse, Asyraf A. R., Abu Abdullah, Zagazig Guy, Rempo Al-Khain, Asozero.

About the content

As most of us are not full time Thallabul Ilm, we dedicate our free time to learn the islamic knowledge through multiple mediums such as islamic institutes (Al-Bayyinah Institute, Al-Kauthar Institute, Al-Maghrib Institute), Youtube lectures, Internets, Weekly Usrahs and Halaqahs, Meeting up with friends discussing about the personal heart issues or bigger ummah issues, and traveling (because traveling teaches you unexpected wisdom through unexpected circumstances)