Bismillah,
Assalamualaikum,
Kembara pada sudut perspektif manusia adalah berbeza-beza dan lazimnya tidak berlandaskan apa yang telah diajar oleh Islam misalnya… (mungkin kita boleh listkan sendiri list kita).
Jadi, sekiranya kita mahu menjadikan pengembaraan itu sebagai satu ibadah dan tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT, maka perkara yang utama perlu dibuat adalah:
Betulkan niat kerana Allah SWT dengan:
- Untuk mencari tujuan hidup
أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَاۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ (٤٦)
"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)
Tafsir Ibn Kathir: Bukankah mereka telah mengembara secara fizikal dan menggunakan akal untuk “ponder” dan mengambil iktibar daripadanya. Namun, setelah mengembara, mereka masih tidak mengambil iktibar kerana hati mereka yang buta bukan nya mata. Bahkan jika mata fizikal sihat, mereka masih tidak boleh memahami pengajaran tersebut.
Seorang yang bermusafir hanya membawa bekalan yang diperlukan sahaja. Mereka berhati-hati dan membuat plan sebaik-baiknya agar tidak tersungkur di dalam perjalanan. Mereka bertanya kepada orang yang lebih mengetahui ketika mengembara untuk mencari jalan yang lurus (arah perjalanan yang tepat). Apabila masalah (ibaratkan dosa) timbul, mereka mencari jalan penyelesaiannya (taubat) secepat mungkin untuk elak masalah yang lebih besar kelak yang akan berlaku (Akhirat) dan cuba untuk mengurangkan masalah. Dan seterusnya lagi... (tidakkah kita mengambil iktibar??)
Rasulullah SAW bersabda:“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.
- Untuk melihat tanda2 kebesaran dan keagungan Allah SWT
إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠)
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Al-Insan: 190)
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١)
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” (Surah Al-Insan: 191)
Sangat rugilah manusia yang penat lelah menyimpan harta lalu dihabiskan segalanya kearah pengembaraan bertemakan maksiat, melakukan perkara2 yang tidak berfaedah, tidak mengambil iktibar dan merosakkan lagi iman (Na’uzubillah).
Ingatlah, penciptaan bumi dan langit ini adalah lebih hebat dari penciptaan kita, manusia, seiring dengan firman Allah:
لَخَلۡقُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَڪۡبَرُ مِنۡ خَلۡقِ ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٥٧)
“Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.” (Surah Al-Ghafir: 57)
Pikirkanlah akan Surah Al-Ghafir ayat ke 57 ini tatkala melihat gunung ganang, sungai yang mengalir tanpa henti, pokok-pokok yang bermacam warna daunnya dan bunganya dan etc. Mereka semua patuh dengan arahan dan perintah Allah walaupun penciptaan mereka adalah jauh lebih hebat dari kita. Namun, kita, manusia masih ingkar akan perintah Allah SWT.
Maka, segeralah istighfar dan minta pertolongan dari Allah agar kita sentiasa tergolong dalam orang2 yang beruntung.
Semoga kehidupan kita ini tidak menjadi sia-sia dan jauh dari penyesalan kelak.
Wallahu Ta’ala ‘Alam.
amin. moga kita t'golong dlm org2 yg beruntung dan hidup ini tidak sia2 di sisi Allah.
ReplyDeleteSuka sangat coretan ini. Mantap. Jazakallah kongsi.
Additional note-->
Dan Allah Ta'ala berfirman:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ أَن تَقُولُوا مَا لاَ تَفْعَلُونَ}
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan yang tidak kamu kerjakan." (Ash-Shaff: 2-3)
WAllahua'lam bis sawab.
Waiyyaki,
ReplyDeleteJazakallah for the reminder too..