Bismillahirrahmanirrahim......
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda :
"sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan.
perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam".
(Riwayat al-Bukhari)
Keterangan
- "berlebih-lebihan" : orang yang memberat-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras, ia akan lemah dan menghentikan amalan.
- "perbetulkanlah" : melakukkan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan. Ahli bahasa mengertikannya sebagai bersederhana dalam amalan.
- "dekatkanlah" : sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna maka lakukan sekadar menghampiri.
- "bergembiralah" : Bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Memberi erti, tidak berkurangan ganjaran amalan orang yang tidak berupaya untuk beramal dengan cara yang paling sempurna, sekiranya ia tidak sengajakan.
- "bantulah diri" :Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukanya di waktu sesuai.
( sumber : 300 Hadis Bimbingan by ustaz Zahazan dan Ahmad Hasan)
wallahu'alam.. :)
salam,
ReplyDeleteana suka sgt! jzkk kongsi.
wslm
salam,
ReplyDeletego on....sebarkan..
:-)
wallahu'alam.