Ikhlas mencari kebenaran



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Alhamdulillah, thummu Alhamdulillah!
Segala pujian hanya bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kita ni'mat terbesar ya'ni Islam dan Iman dan terus menerus mencurahkan tawfiq hidayah kepada kita untuk memahami dan membezakan yang hak dengan yang batil.

Post kali ini adalah perkongsian dari hati hamba Allah ini tentang ikhlas dalam mencari kebenaran.

Sesungguhnya, ikhlas dalam mencari kebenaran adalah resepi untuk mendapatkan hidayah daripada Allah. Maksud sebenar menjadi seorang hamba Allah adalah menyerahkan diri ini dengan mengikuti segala perintah Allah SWT dan larangan-Nya dengan rela hati.

Tetapi, adakah hati ini betul-betul mengharapkan hidayah daripada Allah? adakah perasaan kita akan menjadi risau apabila memikirkan hidayah akan ditarik oleh Allah? Adakah perasaan cinta kita untuk mendapatkan hidayah ditonjolkan dengan sebenarnya dalam kehidupan seharian kita? ataw ada perkara lain yang kita lebih cintakan?

Realitinya, seberapa banyakkah usaha yang kita telah cuba untuk mencari hidayah? Adakah kita(muslim) mencari hidayah daripada Allah sekuat orang yang belum lagi Islam mencari hidayah?

Tidak pelik jika kita lihat manusia yang baru diberi hidayah daripada Allah(yang bukan Islam kembali kepada fitrahnya, Islam) akan berjaya dari segi amalan ibadahnya, ilmunya, semangat untuk berda'wahnya lebih lagi dari mereka yang sejak lahir lagi seorang muslim.

Kerana mereka adalah golongan-golongan yang ikhlas dalam mencari hidayah. Ikhlas untuk mencari kebenaran. Contoh klasik ada pada Rasulullah SAW dimana sejak awal lagi baginda percaya akan tawhid dan selalu mengundurkan diri selama 3 tahun mengikut majoriti ulama' ke Gua Hira' untuk merenungi alam dan penciptanya.

Persoalannya, adakah bila kita sudah mendapat Islam dan Iman, kita merasai bahawa misi sudah lengkap?

Tidak sama sekali. Perjalanan masih jauh kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan kita tatkala meninggalkan dunia ini. Oleh itu, sungguh-sungguhlah untuk mengikhlaskan diri dalam mencari kebenaran dan memperbaiki diri. Hal yang demikian adalah kerana apabila kebenaran tiba hanya ikhlas dapat menghindarkan diri dari perasaan ego yang merupakan sebab utama syaithan di laknat oleh Allah SWT.



Kalau benar diri ini mahu mendapat kebenaran percayalah, sesungguhnya Allah akan menghadiahkan hidayah-Nya kepada para mukhlisiin yaitu orang-orang yang ikhlas,


28:56


Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided. [Surah Al-Qasas: 56]

Sesungguhnya, hanya dengan kebenaran yang hakiki, jiwa akan mendapat ketenangan.

Jazakallahu khairan kathiran.


5 comments:

  1. salam,

    akhi slalu jadi naqib time usrah is it?

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam,

    ana is one of the three naqibs here in toronto for the brothers.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam,

    ana heard masat's organising some sort of winter gathering? is there a link? jzkk !

    ReplyDelete
  4. waalaikum salam,

    yeap, masat and other Malaysian Group kat tempat lain yg berusaha buat winter gathering...

    more info kat sini: gatheringkita.blogspot.com, boleh la ura2kan kat montreal semua.. ajak kawan2, insya Allah.. lepas RIS from 26-28 December kat Mansfield Ontario..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

Why Do We Write?

Most of us are students and working professionals that strive for the purification of the heart. We believed that tazkiyatunnafs is a gradual process as the heart needs reminder 24 hours per day, 7 days a week.

Meet the Authors

Faiz At-Toulouse, Asyraf A. R., Abu Abdullah, Zagazig Guy, Rempo Al-Khain, Asozero.

About the content

As most of us are not full time Thallabul Ilm, we dedicate our free time to learn the islamic knowledge through multiple mediums such as islamic institutes (Al-Bayyinah Institute, Al-Kauthar Institute, Al-Maghrib Institute), Youtube lectures, Internets, Weekly Usrahs and Halaqahs, Meeting up with friends discussing about the personal heart issues or bigger ummah issues, and traveling (because traveling teaches you unexpected wisdom through unexpected circumstances)