Taktau kenapa, tapi tiada siapa boleh menyangkal kenyataan yang sifat malas itu macam asyik mahu menular di dalam jiwa diri ini, lagi lagi pabila kita mempasifkan diri dengan tidak membuat aktiviti berfaedah. Imam Shafie pernah menyebut, "If you don’t occupy yourself with goodness, you will invariably be occupied with evil.". Kalau kita tak luangkan masa kosong dengan aktiviti yang bermanfaat, sudah tentu kita akan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Lagi teruk, jika perkara yang tidak berfaedah itu mendatangkan dosa.
Ah, rasa macam banyak sangat masa kosong! lagi-lagi sewaktu cuti!
Pelik tapi benar tapi sewaktu kita sedang kesibukan melakukan kerja rutin sekolah atau assignment universiti, memang kalau cuti tu datang je, memang kita akan siap prepare nak buat apa time cuti tu; mungkin ada orang yang berapi-api ingin buat tu buat ini tetapi bila dah cuti sekolah, apa pun tak berjalan; ada jugak orang yang memang dah set minda awal-awal nak relaks-relaks sahaja, tidak langsung berniat nak buat perkara produktif; dan ada juga orang yang memang nawaitu melakukan aktiviti yang bermanfaat. Rasullulah S.A.W. pernah bersabda, “Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah).
Persepsi
"Ish, takkanlah masa cuti nak baca buku lagi kot, haritu exam cukuplah", "Letihlah buat itu buat ini study tu study ni, sekarang la time nak relaks"
Persepsi orang yang sebenarnya mengubah hati dan minda untuk memanfaatkan masa dengan berteraskan produktivi sebab orang memang nak beristirehat daripada melakukan aktiviti 'memenatkan'. Ingatlah hakikatnya, kalau kita mengkufurkan nikmat masa lapang, ini membuka pintu kepada hawa nafsu terhadap diri seseorang itu.
Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan: “Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju (keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu." [1]
Sepatutnya belia perlu sedar akan nikmat menjadi produktif. The enjoyment of doing something good memang bukan sesuatu yang mudah untuk dikecapi. Tetapi InsyaAllah kalau niat memanfaatkan masa dengan perbuatan berfaedah akan diberkati Allah SWT.
Serius Dalam Pekerjaan
Dunia kini memerlukan individu-individu yang mantap, maka jadilah muslim yang significant dalam dunia ini. Tokoh dunia sekarang mungkin ramai dengan nama-nama daripada bangsa Yahudi atau Kristian dan kita harus sedar betapa dunia perlu untuk melihat apa yang Islam boleh tawarkan untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Kemalasan hanya mampu meruntuhkan jiwa ummah dan takkan la kita nak biarkan kehebatan Islam itu terhanyut dan tersorok begitu saja. Oleh itu, majulah belia untuk buktikan kepada Allah yang kita boleh pergi jauh dan menggegar dunia.
Allah Knows Best
Source
[1] http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1102.0
0 comments:
Post a Comment