Islam sangat menggalakkan kita berdoa di dalam kehidupan seharian, berdoa itu lah merupakan senjata orang mukmin. Apa sahaja yang kita mahukan, kita sampaikan hajat kita pada Allah s.w.t kerana di dalam Al-quran
surah Al-baqarah, ayat (186) :
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
Ayat ini di turunkan apabila suatu ketika, Ali r.a mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "janganlah kalian berhenti berdoa, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku, "Berdoalah kalian kepada-Ku, nescaya Aku mengabulkan kalian,". Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "wahai Rasulullah, Apakah Tuhan kita mendengar doa kita?Bagaimankah caranya".
Ayat ini membuktikan bahawa Allah s.w.t akan mendengar luahan hati kita, tahu apa yang kita mahukan.
Tetapi, in the end, persoalan ni yang keluar
KENAPA DOA AKU TAK TERMAKBUL?
foot note : lepas tu menangis mcm orang gile.
orait, kita mesti bersangka baik pada Allah s.w.t as He is our Creator. Cuba kita fikir bila setiap kali kita berdoa pada Allah s.w.t nak sesuatu mesti KENA dapat ke?mesti nak Allah s.w.t makbulkan ke?
kita kena ingat siapa kita dengan Allah s.w.t, kita ni hamba dan Allah Tuhan kita, yang menjadikan kita. Terserah pada Allah s.w.t, sama ada nak makbulkan atau tidak. Tugas kita hanya berdoa,usaha dan akhirnya tawakal.
Janganlah kita Jadikan Allah s.w.t seperti hamba.. Apabila nak sesuatu, arahkan je, lepas tu dapat.
Ingat sahabat, Allah s.w.t maha mengetahui, apabila kita yakin dengan sifat ini, tidak perlulah kita bersedih kerana Allah tidak pernah menganiayai kita, malah semua yang diberikan adalah terbaik.
-wallahu'alam-
0 comments:
Post a Comment